Wednesday, February 3, 2010

..uwaaaaa..

today 4 hb 2 2010, semuanya dah berakhir. semua dah terurai. aqu di perlakukan seperti itu. menangis tepi jalan nak terjun longkang adalah perkara yang amat bodoh! berjalan dari bukit indah ke kosas aqu rasakan amat dekat. ternyata ada juga manusia yang tak punya hati. seumur hidup aqu, x pernah di perlakukan seperti mana aqu dapat dengan dia. tadi, bila terjadinya begitu, aqu ilang arah sebentar. aqu tak tau dengan siapa harus aqu luahkan. aqu x nak memburukkan sesape. aqu dah banyak kehilangan bila aqu memilih untuk bersama dia.

dan kini, aqu kehilangan rasa aqu sendiri. rasa sayang yang amat sangat telah bertukar menjadi sebaliknya. saket beb.. saket sangat. aqu bukan nak merampas keluarga maupun hidup dia. tidak sama sekali seperti mana yang di katakan. tidak! aqu hanya nak menggembirakan dia bila aqu menghadiahkan kehidupan aqu sendiri untuk dia. tp itu semua di salah anggap dan telah di salah gunakan. malah kelemahan aqu di jadikan permaenan dia. kenapa eh ada manusia sebegitu. n now, aqu tau kenapa orang membenci dia.. termasuk kawan2 yang sedang bergelak ketawa dengan dia.

untuk pertama kalinya, perasaan aqu dah bertukar. terlalu saket.. kesakitan yang dia hidangkan untuk aqu kali ini amat terasa. kata2nya menusuk jantung. itulah dia! aqu akui aqu bodoh bila x percaya kata2 orang ttg dirinya. aqu bodoh kerana x bisa berenti untuk menyayangi dia. dan aqu bahalul kerana sanggup berkorban untuk dia yang x pernah hargai. dia kata dia sayang aqu.. itu di katakan sayang? bullshit! aqu penat.. penat di perlakukan sebegitu.

baeklah, aqu lepaskan.. lepaskan dia dari hati aqu. aqu tau memang saket kerana skrg pun aqu dah dapat rasa kesakitan yang amat dasyat! tp untuk apa aqu bazirkan air mata kepada orang yang sebegitu. adakah dia menghargai setiap titik titik air mata aqu yang keluar? adakah dia sedar yang aqu terlalu sayang dia hingga sanggup korbankan segalanya untuk dia? tidak kan? dia takkan pernah ada ciri2 itu. dia dah berubah. itu yang mampu aqu katakan. bongkak? entah.. aqu taknak cakap apa2 lagi.

mungkin cukup sampai di sini. melihat kesungguhan kawan2 datang membantu aqu, menghulurkan tali pada aqu yang hampir mati kelemasan dengan kesakitan yang baru terjadi membuatkan aqu yakin, aqu boleh tanpa dia! insyaALLAh. aqu x nak memaksa hati dan diri aqu untuk terus melupakan dia kerana itu mungkin akan buat aqu lebeh merana bila aqu sedar aqu x bole tanpa dia. n now, saiko kembali fikiran yang aqu boleh tanpa dia. sudah tiba masanya untuk aqu fikirkan tentang diri aqu sendiri dan bukan hanya memikirkan dia.

sudah tiba masanya aqu bangun dari kesakitan ini. sudah tiba masanya aqu buktikan aqu boleh tanpa dia. dan mungkin sudah tiba masanya aqu tanamkan dalam hati yang dia sudah mati. mati dari jiwa aqu, mati dari hati aqu maupun fikiran aqu. dia dah berjaya skrang dan aqu yakin ramai yang menyerah diri untuk bersama dia dan menghabiskan duit dia yang sket pun aqu x pandang! sudah la.. sudah tiba masanya. kawan2, doakan aqu berjaya lalui kesakitan ini dan doakan aqu kuat supaya tidak lagi terjatuh.

now, aqu tiada dia. tapi aqu tau aqu masih ada kawan2 yang sayangkan aqu. dan aqu doakan tuhan tunjukkan dia apa yang sebenarnya. aqu akan lakukan apa saja untuk lupakan dia. mungkin itu lebh baek. aqu mohon agar ada orang yang boleh mandrem aqu agar benci dia. aqu mohon.. agar aqu tak rasa kesakitan yang aqu rasakan sekarang. enuf. enuf. enuf.

0 comments: